Laungan 'malu apa bossku' bergema di Tesco Senawang
SENAWANG - Lebih 1,000 pengunjung membanjiri Tesco Senawang di sini, untuk berjumpa mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abd Razak, malam ini.
Beliau yang singgah ke pasar raya berkenaan pada jam 9 malam meluangkan masa kira-kira 20 minit untuk membeli barangan keperluan dapur seperti telur, minyak masak, dan sayur.
Suasana menjadi riuh apabila ribuan pengunjung menjerit 'malu apa bossku' dan berebut untuk merakamkan gambar dan berswafoto bersama Ahli Parlimen Pekan itu.
Sebaik sahaja selesai membuat pembayaran, Najib kelihatan bersalaman dengan pengunjung sambil menolak troli barang yang dibelinya.
Najib membeli-belah di Tesco SenawangLaungan 'Malu apa bosku' bergema di Tesco Senawang SARINAH MAT KASIM SENAWANG - Lebih 1,000 pengunjung membanjiri Tesco Senawang, untuk berjumpa bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abd Razak sebentar tadi. Beliau yang singgah ke pasar raya tersebut pada jam 9 malam, meluangkan masa kira-kira 20 minit untuk membeli barangan keperluan dapur seperti telur, minyak masak dan sayur. Suasana menjadi riuh apabila ribuan pengunjung menjerit 'Malu apa bosku' dan bertolak-tolak untuk merakamkan gambar dan berswafoto bersama Ahli Parlimen Pekan itu. Laporan MOJO Sinar Harian Negeri Sembilan: SARINAH MAT KASIM.
Posted by Sinar Harian Edisi Melaka & Negeri Sembilan on Tuesday, March 19, 2019
'Ada makhluk serupa rakan panggil ke padang sebelum diserang histeria'
Hospital Pantai Ayer Keroh rai anak yatim, miskin
Kupang Port Dickson masih bertoksin, tidak selamat dimakan
Tak sanggup hadap banjir setiap tahun
Jenazah Noor Rahiza akan dibawa ke rumah untuk penghormatan terakhir
'Jika nyawa boleh diganti, biarlah saya pergi dulu'- Bapa Sivasutan
[VIDEO] Mahkamah tolak permohonan pekebun durian musang king
Nahas helikopter TLDM: Pelanggan batal tempahan bilik hotel, inap desa