Covid-19: 40 kes kematian dilaporkan, 353 di ICU

KKM melaporkan sebanyak 40 kes kematian baharu akibat Covid-19 pada Ahad. - Foto fail
KKM melaporkan sebanyak 40 kes kematian baharu akibat Covid-19 pada Ahad. - Foto fail
A
A
A

SHAH ALAM - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan sebanyak 40 kes kematian baharu akibat Covid-19 pada Ahad.

Menurut data KKM di portal CovidNow, 17 daripada 40 kes kematian yang dilaporkan itu berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID).

Ia menjadikan keseluruhan kematian disebabkan pandemik itu sebanyak 32,674 orang, daripada lebih 3.4 juta kes positif Covid-19 yang dikesan.

Mengulas secara terperici, kes kematian tersebut melibatkan di 12 negeri dengan tertinggi direkodkan di Kedah iaitu sebanyak lapan kes.

Ia diikuti Johor dan Pulau Pinang apabila masing-masing mencatatkan lima kes, Perak dan Sabah masing-masing (empat), Kelantan dan Pahang masing-masing (tiga) serta Melaka, Selangor dan Kuala Lumpur masing-masing (dua), manakala satu kes direkodkan di dua negeri melibatkan Negeri Sembilan dan Terengganu.

Bagi kes BID pula, empat kes direkodkan di Kedah, Sabah (tiga), masing-masing (dua) di Johor, Kelantan dan Selangor, serta masing-masing (satu) di Negeri Sembilan, Perak, Pulau Pinang dan Terengganu.

Empat negeri iaitu Sarawak, Perlis, Labuan dan Putrajaya pula mencatatkan sifar kes kematian.

Sementara itu, menerusi portal itu juga, terdapat 300,692 kes aktif Covid-19 di seluruh negara dengan 288,980 individu atau 96.1 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah.

Artikel Berkaitan:

Seramai 3,495 orang pula ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), manakala 7,864 kes dirawat di hospital dan 353 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).

Kes ICU membabitkan 193 pesakit memerlukan bantuan pernafasan dan 160 lagi memerlukan mesin ventilator.