Terbuka Malaysia tanpa kelibat Chong Wei

No Image Caption
A
A
A

JAGUH badminton negara, Datuk Lee Chong Wei tidak akan beraksi pada Kejohanan Terbuka Malaysia 2019 yang dijadualkan berlangsung di Arena Axiata, Bukit Jalil dari 2 hingga 7 April depan.

Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa Chong Wei telah dinasihatkan oleh doktor yang merawatnya di Taiwan untuk menarik diri daripada kejohanan kali ini bagi memastikan anggota tubuhnya tidak menghadapi sebarang tekanan.

“Kami ingin memaklumkan Chong Wei disahkan sudah sihat dan proses pemulihannya berjalan lancar. Bagaimanapun, keutamaan kami tetap terhadap kesihatannya,” kata kenyataan BAM lagi.

Untuk rekod, Chong Wei berehat daripada arena badminton selama lapan bulan selepas mendapatkan rawatan kanser hidung di Taiwan sejak Julai tahun lalu.

Berdasarkan undian, Chong Wei, 37, yang merupakan juara 12 kali Terbuka Malaysia akan bertemu pemain nombor satu India, K. Srikanth pada pusingan pertama.

Artikel Berkaitan: