Remaja lemas ketika berenang menyeberangi sungai

Anggota bomba mengangkat mayat mangsa lemas yang ditemui terapung tidak jauh dari tempat kejadian.
Anggota bomba mengangkat mayat mangsa lemas yang ditemui terapung tidak jauh dari tempat kejadian.
A
A
A
PASIR PUTEH - Seorang remaja lelaki berusia 15 tahun ditemukan mati dipercayai akibat lemas di Sungai Tebing Tinggi di sini, petang tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Puteh, Penolong Penguasa Bomba Azhar Elmi Mustifar berkata, mangsa, Mohd Firduas Ismail dari Kampung Binjai di sini, mayat mangsa ditemui jam 9.15 tadi.

"Bomba menerima panggilan kecemasan jam 7.20 malam bergegas ke lokasi dengan kekuatan tujuh anggota.

"Mayat ditemui terapung ketika bomba meneruskan operasi mencari mangsa dengan meninjau permukaan sungai," katanya.

Difahamkan, mangsa bersama beberapa rakan berenang menyeberangi sungai untuk pulang ke rumah selepas berjoging, namun rakan-rakannya selamat ke seberang.
Artikel Berkaitan: