Kampung Bantal banjir lagi

Keadaan kawasan rumah kedai di Dataran Bantal sekali lagi dinaiki air pada Ahad.
Keadaan kawasan rumah kedai di Dataran Bantal sekali lagi dinaiki air pada Ahad.
A
A
A

JERANTUT- Kawasan rumah kedai di Kampung Bantal Ulu Tembeling di sini dilanda banjir lagi pada Ahad.

Situasi tersebut menyebabkan lapan pekedai di kawasan Dataran Bantal terbabit telah berpindah ke kawasan lebih selamat.

Ketua Kampung Bantal, Hamdan Ali memberitahu, air mula naik sejak jam 10 pagi hari sama.

Menurutnya, keadaan paras air pada Ahad lebih tinggi berbanding pada Jumaat lalu.

"Kita akan memantau keadaan ini dari semasa ke semasa selain memastikan semua penduduk bersedia menghadapi segala kemungkinan.

"Buat masa ini, hujan baharu sahaja berhenti namun kita tidak memandang mudah walaupun penduduk sudah biasa berdepan banjir sebelum ini," katanya kepada Sinar Harian.

Artikel Berkaitan: