X

Kindly register in order to view this article
!

Jumaat | 01 Julai 2022

Nyaris maut kereta terbalik di Jambatan Pulau Pinang

Kereta dipandu mangsa terbabas lalu terbalik di Jambatan Pulau Pinang pada Ahad. ( Foto Ihsan pembaca)
A
A

GEORGETOWN- Seorang lelaki nyaris maut apabila kereta jenis Nissan Almera dipandunya terbalik di Kilometer 5.2 Jambatan Pulau Pinang di sini pada jam 11 pagi, Ahad.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abd Samad berkata, mangsa yang berusia lingkungan 30-an itu hanya mengalami kecederaan kecil dan sudah mendapat rawatan di sebuah klinik swasta di Perai.

Menurutnya, kejadian berlaku di jambatan tersebut dari arah pusat bandar ke Perai.

"Kereta yang dipandu mangsa dikatakan hilang kawalan sebelum terlanggar pembahagi jalan di bahagian tengah menyebabkannya terbalik.

"Mangsa memandu seorang diri ketika kejadian. Dia bagaimanapun hanya mengalami cedera ringan dan telah mendapat rawatan," katanya ketika dihubungi pada Ahad.

Tambahnya, kemalangan tidak melibatkan kenderaan lain.

Kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Susulan daripada kemalangan tersebut, Jambatan Pulau Pinang sesak teruk sejauh dua kilometer lebih satu jam.

Trafik mula lancar selepas kereta tersebut dialihkan dari lokasi kemalangan oleh pihak berkuasa.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!