Pemuda lemas ketika memukat ikan

Operasi mencari mangsa yang lemas dilakukan penduduk dan PDRM di sungai besar Kampung Padang Pulai, Kuala Ketil, di sini, pada Ahad.
Operasi mencari mangsa yang lemas dilakukan penduduk dan PDRM di sungai besar Kampung Padang Pulai, Kuala Ketil, di sini, pada Ahad.
A
A
A
ALOR SETAR - Seorang pemuda dipercayai penghidap sawan ditemui mati lemas selepas dipercayai terjatuh dalam sungai besar Kampung Padang Pulai, Kuala Ketil, Baling, di sini, pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Baling Superintenden Shamsudin Mamat berkata, mangsa, Muhammad Shauqi Ashraf Jasni,26 dikatakan menaiki motosikal untuk pergi memasang pukat ikan di sungai tersebut lebih kurang jam 7 pagi.

"Bapa mangsa memaklumkan kepada abang kepada Muhammad Shauqi bahawa adiknya disyaki telah terjatuh lebih kurang jam 8.30 pagi dalam sungai.

"Susulan itu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dari Balai Polis Kuala Ketil bersama penduduk kampung melakukan usaha menyelamat mangsa lemas kira-kira 15 minit kemudian sebelum mayat ditemui jam 11.54 pagi,"katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Beliau memaklumkan, mayat mangsa ditemui penduduk kampung tidak jauh dari lokasi pemuda itu memasang pukat dan mayatnya seterusnya dibawa naik ke atas.
Artikel Berkaitan:


Shamsudin memberitahu, jenazah mangsa telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Kulim untuk dibuat bedah siasat namun perlu menunggu ujian Covid-19 terlebih dahulu.