Tewaskan Everton, kejayaan bermakna City

Peman City, Phil Foden menjaringkan gol tunggal perlawanan pada minit ke-82. - Foto Independent
Peman City, Phil Foden menjaringkan gol tunggal perlawanan pada minit ke-82. - Foto Independent
A
A
A

KEMENANGAN tipis 1-0 ke atas Everton pada Ahad dilihat sebagai kemenangan yang cukup bermakna buat Manchester City dalam usaha mengukuhkan kedudukan selaku peneraju Liga Perdana Inggeris (EPL).

Pengendali City, Pep Guardiola berkata, kemenangan di sebalik aksi sengit itu juga cukup melegakan sekali gus membuktikan ketahanan mental pemain ketika mengharungi perlawanan-perlawanan getir seperti itu.

“Walau pun bermula dengan agak perlahan, tetapi pada separuh masa kedua, persembahan kami bertambah baik.

“Kami mengawal bola dan menggerakkan bola dengan lebih pantas selain mengasak bertalu-talu ke pintu gol lawan dan dalam masa sama benteng pertahanan kami juga menjadi semakin ‘kukuh.’

“Secara keseluruhannya, kami memang berhak untuk menang walaupun beraksi di Goodison Park sentiasa memberikan kesukaran buat kami,” katanya.

Pada perlawanan berkenaan City menjaringkan gol tunggal perlawanan menerusi Phil Foden pada minit-82.

Bagaimanapun, Everton hampir menyamakan kedudukan pada minit ke-85 apabila Rodrigo dilihat menampan bola dengan tangan dalam kotak penalti, City bernasib baik apabila keputusan dari Video Pembantu Pengadil (VAR) menafikan sepakan penalti berkenaan.

Mengulas berhubung perkara berkenaan Guardiola tidak dapat berkata apa-apa kerana dia sendiri tidak melihat dengan jelas insiden berkenaan.

Artikel Berkaitan:

Bagaimanapun katanya, perkara sedemikian seharusnya diputuskan secara muktamad oleh pengadil perlawanan.

"Saya tidak melihat insiden itu. Saya cuma fikirkan ia adalah ofsaid dan VAR digunakan bagi melihat sama ada bola mengenai pemain (Rodrigo), tetapi sebenarnya tidak," katanya.