Henti derma kanak-kanak hidap kanser

Natipah menunjukkan gambar kanak-kanak kanser yang dipercayai wujud unsur penipuan.
Natipah menunjukkan gambar kanak-kanak kanser yang dipercayai wujud unsur penipuan.
A
A
A

SUNGAI PETANI - Orang ramai diharap menghentikan sumbangan derma terhadap kanak-kanak kanser yang tular di media sosial, baru-baru ini.

Aktivis sosial, Natipah Abu berkata, kanak-kanak yang disiarkan itu bukan rakyat Malaysia dan telah pun meninggal dunia.

Beliau yang terkenal dalam melakukan aktiviti kemasyarakatan termasuk berpengalaman menyertai misi kemanusiaan dalam dan luar negara telah menerima panggilan telefon pada 18 Mac lalu jam 5.30 petang daripada seorang pengerusi persatuan kanser yang memintanya menularkan kisah seorang kanak-kanak kanser bagi tujuan meminta derma.

"Pada mulanya saya tolak untuk menulis kisah kanak-kanak kanser itu kerana belum ziarah serta tak dapat maklumat terperinci.

"Tapi pada jam 6 petang, individu sama telefon saya sekali lagi dan beritahu dia kenal ibu kepada kanak-kanak tersebut," katanya kepada Sinar Harian.

Natipah mendakwa, pada jam 11.18 malam, semasa melayari Facebook, kisah kanak-kanak itu telah tular dimuat naik oleh individu sama melalui akaun Facebook persatuan terbabit.

"Dalam masa sama, status dimuat naik persatuan itu guna link Facebook Natipah Abu bagi meraih kepercayaan masyarakat," katanya.

Menurutnya, hasil status yang tular, paparan sama telah dikongsi ramai pengguna laman sosial termasuk artis popular tanah air.

Artikel Berkaitan:

Laporan turut dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda bagi membersihkan namanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, orang ramai diminta menyiasat dan merujuk sebarang kes membabitkan kebajikan dan amal jariah kepada pihak berkaitan untuk pengesahan terlebih dahulu sebelum menderma.