Syarikat jual kereta terpakai diserbu, iklan kelirukan pelanggan

Kereta Proton Saga 1.3A yang disita KPDNHEP. - Foto Ihsan KPDNHEP
Kereta Proton Saga 1.3A yang disita KPDNHEP. - Foto Ihsan KPDNHEP
A
A
A

SHAH ALAM - Sebuah syarikat menjual kereta terpakai di Klang diserbu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Selangor selepas didapati membuat iklan jualan yang mengelirukan pelanggan.

Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDNHEP Selangor, Azman Adam berkata, serbuan dijalankan hasil aduan pengguna mengenai sebuah syarikat yang telah mengiklankan penjualan kereta jenis Proton Saga 1.3A di platform atas talian dengan menyatakan harga kenderaan adalah RM9,800 dan tahun pengeluaran kenderaan ialah 2010

"Namun hasil pemeriksaan mendapati harga sebenar kenderaan ialah RM11,800 dan tahun pengeluaran kenderaan seperti pada geran adalah 2008.

No Image Caption

"Sehubungan itu, KPDNHEP Selangor telah menyita kereta berkenaan, kunci dan geran," katanya dalam satu kenyataan hari ini

Azman berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 18 (1) Akta Perihal Dagangan 2011 iaitu tiada seorang pun boleh membuat pernyataan palsu atau mengelirukan dalam mana-mana iklan berhubung apa-apa barang atau perkhidmatan.

"Jika sabit kesalahan, syarikat boleh didenda tidak melebihi RM500,000 di bawah Seksyen 21 akta yang sama," katanya.

Artikel Berkaitan: