Conte minta maaf keluarkan kenyataan emosi

Conte
Conte
A
A
A

PENGENDALI Tottenham Hotspur, Antonio Conte memohon maaf atas kenyataan yang dikeluarkan selepas pasukannya kalah mengejut kepada pasukan yang kini berada di tangga penyingkiran, Burnley.

Menurut Conte, kenyataan yang dikeluarkan itu dilakukan secara tidak sengaja memandangkan dia terlalu emosi dan sukar untuk menerima kenyataan bahawa skuadnya terpaksa berputih mata pada perlawanan tersebut.

"Saya mohon maaf jika saya menunjukkan kekecewaan saya pada perlawanan sebelum ini. Mungkin lebih baik untuk saya menyimpan perkara ini seorang diri dan tidak menunjukkan emosi saya.

“Saya bukan orang yang boleh bertenang atau boleh makan malam selepas kalah dalam sesuatu perlawanan. Apabila kalah, mood saya sangat teruk dan lebih suka bersendirian.

“Jika anda tanya apa yang saya benci dalam hidup, ia adalah kekalahan dalam perlawanan. Mentaliti saya adalah untuk menyediakan diri saya dan pemain bagi mengelak situasi seperti ini,” katanya.

Terdahulu Conte dalam sidang media selepas perlawanan menentang Burnley memberitahu, dia akan menilai masa depannya di kelab utara london itu selepas mengakui dirinya tidak berhak menerima sebarang gaji susulan kekalahan 0-1 kepada Burnley.

Malah jurulatih kelahiran Itali itu turut memberi bayangan, dia mungkin akan meninggalkan Tottenham jika tiada peningkatan dalam keputusan perlawanan akan datang.

Artikel Berkaitan: