X

Kindly register in order to view this article
!

Ahad | 26 Jun 2022

Parti baharu ingin sertai GRS perlu sokongan rakan gabungan: Hajiji

Hajiji melawat mangsa kebakaran di Kampung Landung Ayang di Dewan Tun Mustapha, Kudat, pada Sabtu.
A
A

KUDAT - Sebarang keputusan untuk parti ingin menyertai Gabungan Rakyat Sabah (GRS) mesti mendapat sokongan daripada semua rakan dalam gabungan itu.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, bagaimanapun beliau mengalu-alukan hasrat parti baharu dipimpin bekas Naib Presiden Parti Warisan (Warisan), Datuk Peter Anthony yang ingin menyertai GRS baru-baru ini.

"Kami mempunyai gabungan parti-parti lain dan sebarang keputusan mestilah mendapat dokongan serta sokongan daripada semua rakan parti dalam GRS," katanya kepada pemberita selepas melawat mangsa kebakaran Kampung Landung Ayang di Dewan Tun Mustapha, di Kudat pada Sabtu.

Beliau mengulas hasrat Peter yang ingin menyertai GRS setelah gabungan itu didaftarkan secara rasmi kelak.

Mengulas lanjut, beliau yang juga Pengerusi GRS berkata, kestabilan politik penting dan melalui sokongan daripada pelbagai pihak kerajaan negeri akan dapat fokus kepada usaha membangunkan Sabah.

Sebelum itu, beliau memaklumkan bahawa GRS akan didaftarkan kerana ia adalah kemahuan daripada rakan parti dalam gabungan berkenaan.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!