Sila log masuk terlebih dahulu.

Pusat hiburan tanpa lesen diserbu, 48 pelanggan dikompaun

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seramai 48 pelanggan sebuah pusat hiburan dikompaun kerana gagal mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN) dalam serbuan yang dilakukan di Jalan Yew, di sini, awal pagi Sabtu.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah berkata, ketika serbuan kira-kira jam 1.10 pagi, polis turut menahan seorang lelaki sebagai penjaga pusat hiburan yang tidak mempunyai lesen itu kerana gagal mengemukakan lesen operasi perniagaan.

"Dalam serbuan itu, Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Wangsa Maju turut mengeluarkan kompaun di bawah Peraturan 17 (1) PPDPP Berjangkit 2021 terhadap 33 pelanggan lelaki dan (15) wanita,” katanya menerusi kenyataan pada Sabtu.

Katanya, polis turut merampas satu pembesar suara, satu set pemain CD, sebuah amplifier, satu unit Mixer, sekeping resit dan wang tunai RM250.

"Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 4 (1) Akta Hiburan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 1992," katanya.

Artikel Berkaitan: