Penduduk Kampung Pinang bimbang ancaman gajah

Ahmad Hanapi menunjukkan saiz tapak kaki gajah yang ditemui di kebun milik Mohd Sabari.
Ahmad Hanapi menunjukkan saiz tapak kaki gajah yang ditemui di kebun milik Mohd Sabari.
A
A
A

PEDU - Penduduk Kampung Pinang, dekat sini bimbang dengan kehadiran sekumpulan gajah menceroboh kebun yang berada kira-kira 300 meter dari rumah mereka, pada Khamis malam.

Kumpulan gajah itu bertindak menolak pintu pagar kebun tersebut sehingga tumbang dan memusnahkan kira-kira 50 pokok pisang serta beberapa anak pokok durian milik Mohd Sabari Abd Rahman, 53.

Menurut Mohd Sabari, sejak seekor gajah betina ditemukan mati di tepi Jalan Empangan Pedu, berdekatan Kampung Pinang pada 15 Februari lalu, sudah tiga kali haiwan itu memasuki kampung untuk mencari makanan sejak

"Jarak tempat gajah ditemukan mati dengan kampung ini hanya dua kilometer sahaja. Kumpulan gajah ini semakin berani memasuki kawasan kampung mencari makanan dan kali ini paling dekat iaitu kira-kira 300 meter dari rumah penduduk.

"Dekat sebulan kumpulan gajah ini tinggal di sekitar kawasan ini. Sebelum ini haiwan itu tidak pernah sampai ke sini lagi.

Ahmad (tengah) melihat pokok-pokok pisang yang dirosakkan gajah di kebun milik Mohd Sabari di Kampung Pinang, Pedu pada petang Jumaat.
Ahmad (tengah) melihat pokok-pokok pisang yang dirosakkan gajah di kebun milik Mohd Sabari di Kampung Pinang, Pedu pada petang Jumaat.

"Kami sudah pun membuat aduan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kedah dan mereka telah datang untuk mengusir keluar tapi gajah ini datang kembali," katanya kepada pemberita semasa ditemui di Kampung Pinang, dekat sini pada petang Jumaat.

Seorang lagi penduduk, Ahmad Hanapi Adam, 58, mengakui bimbang dengan ancaman haiwan tersebut kerana kebun yang dirosakkan berada berhampiran dengan laluan pekebun ke dusun masing-masing.

Artikel Berkaitan:

Dia yang juga mengusahakan dusun berkata, penduduk akan mengambil langkah berjaga-jaga sekiranya terdengar haiwan tersebut bertempik untuk memaklumkan kehadirannya yang berada di sekitar kawasan pertanian itu, terutamanya pada sebelah petang.

"Gajah-gajah ini perlu dipindahkan atau dihalau keluar dari kawasan ini. Justeru kita harap ada tindakan terbaik agar kita terjaga dan haiwan ini juga terjaga dan selamat," ujarnya.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Pinang, Ahmad Mohammad Amin berkata, serangan gajah liar di kampung tersebut kerap berlaku terutamanya pada musim kemarau kerana kekurangan bekalan makanan di hutan.

Mohd Sabari (kanan) dan penduduk kampung melihat pokok-pokok pisang yang rosak di Kampung Pinang, Pedu pada petang Jumaat.
Mohd Sabari (kanan) dan penduduk kampung melihat pokok-pokok pisang yang rosak di Kampung Pinang, Pedu pada petang Jumaat.

Menurutnya, sebanyak tiga aduan daripada penduduk kampung telah diterima dan ia sudah pun dipanjangkan kepada Perhilitan.

"Perhilitan memang turun memberikan kerjasama dengan menghalau gajah-gajah ini masuk ke hutan kembali.

"Cuma dalam tempoh sebulan hingga dua bulan ini masih lagi ada gajah liar turun ke kampung, jadi saya harap pihak berkenaan dapat datang dan mengambil tindakan selanjutnya," katanya.