Demam denggi: Melaka catat tiga kematian

Chee Leong menyerahkan topeng muka jenis N95 dan kit makanan yang ditaja Syarikat Mamee Double Decker (M) Berhad kepada pengamal media sepanjang persidangan berlangsungn
Chee Leong menyerahkan topeng muka jenis N95 dan kit makanan yang ditaja Syarikat Mamee Double Decker (M) Berhad kepada pengamal media sepanjang persidangan berlangsungn
A
A
A

MELAKA TENGAH - Sebanyak tiga kematian membabitkan demam denggi dilaporkan di negeri ini sejak Januari hingga semalam, meningkat 248.12 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.

Exco Kesihatan dan Anti Dadah, Low Chee Leong berkata, peratusan itu membabitkan 463 kes dan daripada jumlah itu, daerah Melaka Tengah mencatatkan kes tertinggi sebanyak 358 kes dengan 293.41 peratus; diikuti Alor Gajah, 56 kes dengan peningkatan 115.38 peratus dan Jasin 49 kes, meningkat 206.25 peratus.

Menurutnya, satu lokaliti wabak baharu turut dilaporkan di Taman Maju Fasa 4, Jasin dan secara kumulatif terdapat sembilan lokaliti wabak aktif semasa termasuk Kampung Bukit Palah, Taman Sri Pelangi, Taman Maju Fasa 5, Taman Ayer Keroh Heights dan Kampung Bukit Pulau.

"Usaha membasmi demam denggi dan menghapuskan nyamuk aedes perlu dipikul semua pihak, bukan sahaja kerajaan," katanya ketika ditemui di luar dewan ketika Persidangan Pertama Penggal Kedua DUN Melaka di Seri Negeri, Ayer Keroh, di sini, hari ini.

Dalam perkembangan lain, Chee Leong berkata, orang ramai juga perlu mengambil langkah berjaga-jaga dengan bacaan IPU tidak sihat dan meningkat di negeri ini.

Artikel Berkaitan: