Hujan lebat berterusan di Kelantan, enam PPS dibuka

Kawasan tebing Sungai Golok sudah mula dinaiki air sejak awal pagi Jumaat.
Kawasan tebing Sungai Golok sudah mula dinaiki air sejak awal pagi Jumaat.
A
A
A

KOTA BHARU - [DIKEMAS KINI] Hujan berterusan di sejak malam Khamis menyebabkan kenaikan paras air sungai di beberapa daerah di Kelantan sejak awal pagi Jumaat.

Menurut InfoBencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), sehingga jam 6 petang, sebanyak enam Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka di Tanah Merah dan Kuala Krai melibatkan pemindahan 121 mangsa dari 34 keluarga.

PPS berkenaan adalah di Masjid Lama Keroh, Kuala Krai, Sekolah Kebangsaan Lawang, Tanah Merah, Sekolah Kebangsaan Kelewek, Sekolah Kebangsaan Gual Jedok, Sekolah Kebangsaan Chenulang dan Pusat Komuniti Chuchoh Puteri A di Kuala Krai.

Sementara itu, sehingga jam 6 petang Jumaat, berdasarkan Mypublic.Infobanjir, tiga sungai utama mencatatkan bacaan melebihi paras bahaya iaitu Sungai Lanas di Jeli iaitu 29.75 meter, Sungai Golok di Kampung Jenob 25.57 meter dan Sungai Lebir di Kampung Tualang 38.1 meter.

Tiga sungai juga melebihi paras amaran adalah Sungai Kelantan di Kuala Krai iaitu 23 meter, Kampung Temangan 17.34 meter dan Kampung Sungai Nal 24.96 meter.

Orang ramai dinasihatkan untuk sentiasa berjaga-jaga dan bertindak mengikut arahan yang dikeluarkan pihak berkuasa dari semasa ke semasa bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini berlaku.

Artikel Berkaitan: