ATM siap siaga aktif DMZ di Hospital Angkatan Tentera

Ketua deligasi Kumpulan Perubatan United State Indo-Pacific Command (USINDOPACOM) Commanding Surgeon General, Rear Admiral (Laksamana Muda) Pamela C Miller (kiri) bersama Komandan Institut Latihan Kesihatan Angkatan Tentera (INSAN) Kolonel (Dr) Mohd Farid Alias melihat kemudahan perubatan yang tersedia semasa mengadakan lawatan di INSAN dekat Kem Terendak pada Jumaat. - Foto Bernama
Ketua deligasi Kumpulan Perubatan United State Indo-Pacific Command (USINDOPACOM) Commanding Surgeon General, Rear Admiral (Laksamana Muda) Pamela C Miller (kiri) bersama Komandan Institut Latihan Kesihatan Angkatan Tentera (INSAN) Kolonel (Dr) Mohd Farid Alias melihat kemudahan perubatan yang tersedia semasa mengadakan lawatan di INSAN dekat Kem Terendak pada Jumaat. - Foto Bernama
A
A
A

MELAKA - Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan mengaktifkan Zon Pengurusan Bencana (DMZ) di semua Hospital Angkatan Tentera (HAT) di seluruh negara pada bila-bila masa sekiranya diperlukan.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Kesihatan ATM, Leftenan Jeneral Datuk Dr Zulkeffeli Mat Jusoh berkata, kesiapsiagaan ini telah lama dilakukan dan ditambah baik terutama ketika berlakunya peningkatan kes Covid-19 secara mendadak pada masa ini.

Bagaimanapun katanya, situasi kini dikendalikan dengan lebih baik berbanding ketika awal berlakunya pandemik berikutan vaksinasi Covid-19 dalam kalangan rakyat semakin tinggi serta pengambilan suntikan dos penggalak.

"Kita memang sudah aktifkan DMZ namun apabila kes reda, pasukan DMZ kembali berfungsi kepada rutin biasa. Bagaimanapun, kita akan aktifkan pada bila-bila masa kerana semuanya sudah bersiap siaga," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengiringi lawatan daripada delegasi Bilateral Training and Consultative Group (BITAGG) yang melibatkan ATM dan United State Indo-Pasific Command (USIDOPACOM) yang diketuai oleh Commanding Surgeon General Rear Admiral Pamela Miller.

Mengulas mengenai kesiapsiagaan pasukan perubatan ATM bagi membantu Kementerian Kesihatan (KKM), Zulkeffeli berkata, sekiranya peningkatan kes Covid-19 terlalu mendadak sehingga mengakibatkan kemasukan pesakit ke hospital terutama Unit Rawatan Rapi (ICU) semakin tinggi, Perkhidmatan Kesihatan ATM (PKATM) akan diaturgerakkan bagi memberi sokongan.

"Sekiranya berlaku peningkatan kes, sudah tentu ATM melalui Perkhidmatan Kesihatan akan diaturgerakkan, dan pada peringkat awal lagi kita sudah dimaklumkan kemungkinan besar berlaku peningkatan kes yang akan menjejaskan atau menyebabkan kekurangan dalam perkhidmatan kesihatan awam," katanya.

Jelas beliau, buat masa ini semua Hospital Medan ATM ditutup dengan tempoh operasi paling panjang membabitkan hospital tersebut adalah di Kepala Batas, Pulau Pinang dengan lebih daripada 200 hari.

"Memandangkan kes semakin menurun dan keperluan pesakit di ICU juga berkurang, pasukan kembali menjalani latihan seperti biasa di penempatan masing-masing," katanya. - Bernama

Artikel Berkaitan: