Gelombang haba: 31 kawasan berada pada paras berjaga-jaga

Jumlah kawasan yang terlibat dalam gelombang haba.
A
A

KUALA LUMPUR - Sebanyak 31 kawasan di Semenanjung dilaporkan berada pada paras berjaga-jaga atau Tahap 1 dengan suhu mencecah antara 35 hingga 37 darjah Celcius, berbanding 23 kawasan semalam.

Berdasarkan kemas kini Jabatan Meterologi Malaysia (MET) setakat jam 4.45 petang tadi, menunjukkan empat negeri memasuki senarai baharu bagi status gelombang haba ketika ini.

Empat negeri itu melibatkan Melaka bagi kawasan Alor Gajah dan Melaka Tengah, Jelebu, Jempol, Rembau dan Port Dickson, (Negeri Sembilan), Kuala Krai, (Kelantan) dan Bayan Lepas, (Pulau Pinang).

Manakala, senarai kawasan baharu lain adalah Pulau Langkawi (Kedah) Selama dan Manjung, (Perak), dan Klang, (Selangor).

Chuping di Perlis; Kota Setar, Sik, Baling dan Kulim, (Kedah)Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta dan Batang Padang (Perak), Jerantut, Raub, Temerloh, Maran dan Bentong (Pahang), Hulu Selangor, Kuala Selangor, Sepang dan Petaling (Selangor), Tangkak di Johor dan Kuala Lumpur kekal seperti mana semalam.

Dalam pada itu, Pendang, Kedah kekal pada tahap dua iaitu dengan suhu mencecah antara 37 dan 40 darjah Celcius sejak tiga hari lepas.