Hasil cukai gula biaya program sarapan percuma murid

A
A

Hasil cukai gula biaya program sarapan percuma murid

Mulai tahun depan, kerajaan akan menggunakan hasil daripada cukai gula bagi menyediakan sarapan percuma dan sihat kepada murid sekolah rendah, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Perdana Menteri berkata, langkah itu bagi membolehkan kanak-kanak sihat dan bertenaga untuk memulakan sesi persekolahan.

Tegasnya, tidak akan ada cukai baharu untuk tahun ini, kecuali cukai gula yang sudah diumumkan sebelum ini yang ditangguhkan pelaksanaannya.

Kerajaan menerusi pembentangan Belanjawan 2019 buat kali pertama mencadangkan pelaksanaan cukai eksais 40 sen seliter pada minuman manis yang mengandungi lima gram gula atau pemanis berasaskan gula bagi 100 mililiter (ml), termasuk buah-buahan dan jus sayuran dengan kandungan gula lebih 12 gram bagi 100ml mulai 1 April 2019.

Bagaimanapun, pelaksanaan cukai itu ditangguhkan ke 1 Julai bagi bagi memberi masa cukup kepada pihak industri membuat persediaan.

Lebih 400,000 penjawat awam ada masalah tekanan jiwa

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja di Dalam Perkhidmatan Awam Malaysia (CEUPACS), Datuk Azih Muda mendedahkan lebih 25 peratus daripada 1.7 juta penjawat awam di negara ini memiliki kad pskiatrik atau tekanan jiwa.

Menurut beliau, penyumbang terbesar kepada peningkatan pemilikan kad itu adalah akibat tekanan kerja yang terlalu banyak sehingga mengakibatkan mereka diklasifikasikan sebagai pesakit jiwa.

Kata beliau, penjawat awam yang mengalami tekanan itu tidak boleh fokus kepada kerja dan mereka akan kemurungan sehingga tidak boleh berkata apa-apa.

Sebagai contoh katanya, apabila mereka dihadapkan kepada panel untuk keluarkan dari perkhidmatan, mereka keluarkan kad psikatrik itu yang menjadi lesen kepada merela.

Nga gantung Noh 3 hari, MP BN dan Pas protes keluar dewan

Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Nga Kor Ming yang menggantung Ahli Parlinen Tanjong Karang Tan Sri Noh Omar daripada menghadiri sidang Dewan Rakyat selama tiga hari.

Ia susulan pertikaian lidah mereka semalam, di mana Noh dikatakan menyifatkan Nga tidak layak menjadi timbalan yang dipertua.

Nga berkata keputusan itu diambil kerana kenyataan Noh itu adalah satu penghinaan kepada institusi Yang Dipertua Dewan Rakyat.

Semalam, Noh menyifatkan Nga tidak layak memegang jawatan itu susulan kenyataannya sebelum ini bahawa Malaysia akan menjadi seperti Afghanistan yang ditadbir Taliban jika Umno dan Pas membentuk kerajaan.

Ketua balai polis, 16 ditahan SPRM lindungi rumah urut

Seorang ketua balai polis antara 16 individu ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki menerima wang sogokan untuk melindungi premis urut di sekitar ibu kota.

Sumber SPRM berkata semua suspek dipercayai menerima sogokan itu daripada pemilik premis urut dan ditahan di 16 lokasi sekitar Lembah Klang.

Katanya, kesemua ditahan sekitar jam 10 hingga 5 petang semalam hasil risikan sejak tiga bulan lalu.

Katanya, seramai 40 pegawai SRPM terlibat serbuan itu dan daripada jumlah 16 yang ditahan, 7 adalah penjawat awam manakala 9 adalah orang awam.

Sumber itu berkata antara penjawat awam yang ditahan adalah dari Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), pegawai bomba dan penyelamat dan ketua sebuah balai polis.

Sekat semua Violence E-Sports

Tindakan pengganas kulit putih, Brenton Tarrant yang melepaskan tembakan rambang ke atas jemaah di Christchurch Jumaat lalu perlu diambil pengajaran oleh masyarakat negara ini untuk menilai dan mengkaji semula segala Permainan Ganas dalam Talian (Online Game) atau Sukan Elektronik (E-Sports).

Ketua Kluster Penyelidikan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dan Islam, Kulliyah ICT, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof. Mohamad Fauzan Noordin berkata, Permainan Ganas dalam Talian atau (Violence E-Sports) yang popular tidak boleh terus diperkenalkan di Malaysia.

Katanya, kesan negatif daripada permainan ganas dalam talian seperti Fortnite telah dirasai di negara barat selain negeri Gujurat di India telah mengharamkan permainan dalam talian PUBG.


Bermula dengan hanya RM5 anda telah menyokong Berita Fakta dan Komprehensif kami, sokong berita kami.
Terima Kasih Rakyat Malaysia