Baju T antara bahan bukti dikemukakan di mahkamah

A
A

SHAH ALAM - Sehelai baju T bomba yang dipakai oleh Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim dalam tugasan terakhirnya semasa rusuhan Kuil Sri Maha Mariamman dikemukakan kepada Mahkamah Koroner hari ini.

Ia berwarna biru gelap dan berlambangkan logo Jabatan Bomba dan Penyelamat dikemukakan bagi pengecaman saksi ke-20 Inkues Kematian Adib, But Hussain.

"Iya. Seperti ini," katanya ketika menjawab pemeriksaan utama oleh Pegawai Pengendali Inkues Hamdan Hamzah.

Baju itu dibungkus dalam bungkusan lutsinar dan dimeterai (seal) oleh Jabatan Kimia Malaysia.

Selain itu video berdurasi 48 saat mengenai insiden itu pada awal pagi 27 November itu turut ditayangkan bagi mendapatkan gambaran sebenar kedudukan Muhammad Adib yang dikatakan keluar daripada van EMRS.

Video berkenaan dirakamkan oleh rakan But, Hardeep yang merupakan seorang pengawal keselamatan perumahan USJ 17.

Menurutnya, pada saat ke-13 pintu belakang di sebelah kiri FRT dibuka dan ada anggota bomba naik semula dan ditutup setelah menyedari orang ramai menyerang.

Hamdan: Kamu nampak mangsa tersebut dengan kereta pada saat ke berapa?

Saksi: Pada kereta ketiga atau keempat yang dipakir pada bahu kiri jalan.

Selain itu, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) milik Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) di persimpangan kawasan USJ 16 yang berdurasi 14 minit turut ditayangkan.

Video tersebut memaparkan van EMRS dan FRT keluar dari lokasi kejadian setelah diserang.

Beberapa orang awam turut mengikuti jentera bomba tersebut dengan melemparkan beberapa objek ke arah FRT dan van EMRS.


Bermula dengan hanya RM5 anda telah menyokong Berita Fakta dan Komprehensif kami, sokong berita kami.
Terima Kasih Rakyat Malaysia