Mangsa bencana gempa Lombok mengeluh

Sebatang jalan di Pelabuhan Kayangan rosak teruk akibat gempa bumi yang melanda Lombok pada Ahad lalu.
Sebatang jalan di Pelabuhan Kayangan rosak teruk akibat gempa bumi yang melanda Lombok pada Ahad lalu.
A
A
A

MATARAM - INDONESIA. Penduduk Lombok yang terjejas dengan bencana gempa bumi dan tanah runtuh sejak kelmarin mengeluh bantuan domestik lambat tiba di tempat mereka.

Ahad lalu, Lombok Timur digegarkan dengan gempa bumi berkekuatan 5.8 pada skala Richter menyebabkan 92 rumah penduduk di Dusun Loangtual musnah.

Malah, penduduk mendakwa penyaluran bantuan kali ini lebih perlahan berbanding bencana yang melanda wilayah itu pada Julai tahun lalu.

"Bantuan keperluan harian kali ini amat minima dan tidak cukup untuk dibahagi-bahagikan dengan penduduk kampung," kata seorang penduduk.

Selain itu, mangsa terutama wanita dan kanak-kanak masih mengalami trauma dan hanya kembali ke rumah untuk membersihkan diri. - Agensi

Artikel Berkaitan: