Sila log masuk terlebih dahulu.

UEFA bincang pindah venue final Liga Juara-Juara dari Rusia

Stadium Zenit St Petersburg atau Stadium Gazprom.
Stadium Zenit St Petersburg atau Stadium Gazprom.
A
A
A

KESATUAN Bola Sepak Eropah (UEFA) akan memutuskan sama ada untuk memindahkan perlawanan akhir Liga Juara-Juara musim ini dari St Petersburg berikut pencerobohan Rusia ke atas Ukraine.

"Berikutan evolusi situasi antara Rusia dan Ukraine dalam tempoh 24 jam yang lalu, Presiden UEFA telah memutuskan untuk memanggil mesyuarat luar biasa Jawatankuasa Eksekutif, untuk menilai keadaan dan mengambil semua keputusan yang perlu," kata UEFA dalam satu kenyataan.

Pengumuman itu dibuat selepas sekumpulan penggubal undang-undang Eropah menulis kepada UEFA, meminta badan induk tersebut melucut hak venue dan tidak mempertimbangkan permohonan tuan rumah dari bandar Rusia untuk pertandingan antarabangsa.

Perlawanan akhir Liga Juara-Juara musim ini dijadualkan berlangsung di Stadium Zenit St Petersburg pada 28 Mei depan.

Stadium itu dikenali sebagai Stadium Gazprom selepas perjanjian penajaan dengan syarikat tenaga Rusia yang turut menaja Liga Juara-Juara dan pertandingan pasukan kebangsaan Euro 2024 UEFA.

Artikel Berkaitan: