300 usahawan mikro terjejas banjir terima bayaran mulai 2 Mac

Noh melawat kandang ternakan lembu tenusu pada Program Lawatan ke Mustawa Dairy Farm di Kampung Melaka, Bagan Tengkorak di sini pada Khamis.
Noh melawat kandang ternakan lembu tenusu pada Program Lawatan ke Mustawa Dairy Farm di Kampung Melaka, Bagan Tengkorak di sini pada Khamis.
A
A
A

TANJONG KARANG - Kira-kira 300 usahawan mikro yang terjejas banjir dijangka menerima bayaran pertama pada 2 Mac depan.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Tan Sri Noh Omar berkata, kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM50 juta bagi mengagihkan bantuan terbabit.

Menurutnya, bayaran kepada usahawan mikro itu membabitkan beberapa kawasan antaranya di Parlimen Shah Alam, Klang, Puchong dan Kota Raja.

"Pada peringkat pertama ini, bantuan diagihkan kepada usahawan mikro sebanyak RM3,000 yang diuruskan Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) Nasional," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Program Lawatan ke Mustawa Dairy Farm di Kampung Melaka, Bagan Tengkorak di sini pada Khamis.

Noh yang juga Ahli Parlimen Tanjong Karang berkata, usahawan yang terjejas banjir boleh mendapatkan maklumat lanjut di laman web TEKUN Nasional

Beliau berkata, selain usahawan mikro, kementeriannya turut mengagihkan pinjaman bernilai 100,000 kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di bawah SME CORP.

"Pinjaman yang diberikan kepada PKS ini tanpa faedah dengan moratorium setahun dan Insya-ALLAH bayaran juga akan dibuat pada awal Mac ini," jelasnya.

Artikel Berkaitan: