Syarikat pengawal keselamatan didenda RM1,000

Pengurus Operasi, Tuan Fazlan Tuan Azhar (kanan) yang mewakili syarikat Paraforce Sdn. Bhd membayar denda RM1,000 yang dikenakan terhadapnya oleh Mahkamah Majistret Setiu hari ini.
Pengurus Operasi, Tuan Fazlan Tuan Azhar (kanan) yang mewakili syarikat Paraforce Sdn. Bhd membayar denda RM1,000 yang dikenakan terhadapnya oleh Mahkamah Majistret Setiu hari ini.
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Sebuah syarikat pengawal keselamatan didenda RM1,000 oleh Mahkamah Majistret Setiu hari ini kerana gagal mendaftarkan pekerja kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).

Majistret, Raja Norshuzianna Syakila Raja Mamat menjatuhkan hukuman itu terhadap syarikat Paraforce Sdn Bhd dan memerintahkan wakil syarikat itu, iaitu Pengurus Operasi, Tuan Fazlan Tuan Azhar dipenjara sebulan jika gagal membayar denda itu.

Keputusan dibuat selepas Tuan Fazlan,wakil syarikat tersebut mengaku bersalah atas pertuduhan mengikut Seksyen 5 Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 iaitu gagal mendaftar sebahagian daripada 109 orang pekerjanya.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Perkeso negeri, Eliana Siswana Abdul Rahman dan Che Ku Ahmad Shahadam Che Ku Jakpa.

Artikel Berkaitan: