X

Kindly register in order to view this article
!

Rabu | 29 Jun 2022

Kuala Lumpur dipilih tuan rumah Kumpulan H Piala AFC 2022

Kuala Lumpur City FC (KL City) bakal menjadi tuan rumah bagi saingan Kumpulan H.
A
A

KONFEDERASI Bola Sepak Asia (AFC) pada Khamis mengumumkan pemilihan Kuala Lumpur sebagai tuan rumah aksi peringkat Kumpulan H bagi saingan Piala AFC 2022 peringkat Zon Asia Tenggara.

Untuk rekod, saingan Kumpulan H menyaksikan Kuala Lumpur turut diundi bersama kelab Singapura, Tampines Rovers, PSM Makassar (Indonesia) dan satu kelab dari Myanmar yang akan ditentukan kemudian.

Satu lagi wakil negara, Kedah Darul Aman FC (KDAFC) yang bakal beraksi dalam saingan Kumpulan G di Denpasar Indonesia bakal berentap dengan kelab tuan rumah, Bali United, Kaya FC Iloilo (Filipina) dan kelab daripada slot play-off.

Saingan peringkat kumpulan ini bakal berlangsung secara venue berpusat (centralised venue) bagi membendung penularan wabak Covid-19 yang semakin meningkat di beberapa negara.

Semua perlawanan peringkat kumpulan Zon Asia Tenggara akan berlangsung pada 24 Jun hingga 30 Jun 2022.

Antara bandar lain di Asia yang turut dipilih sebagai rumah dalam kumpulan masing-masing ialah Muscat, Kuwait City, Manama, Kolkata, Dushanbe, Bishkek dan Tainan, Chinese Taipei manakala tuan rumah untuk kumpulan I akan ditentukan kemudian.

Mereka dipilih menjadi tuan rumah kerana memenuhi beberapa kriteria yang ditetapkan oleh AFC dari segi keperluan logistik, keselamatan dan fasiliti perubatan untuk ujian pengesanan Covid-19 kepada semua pemain dan pegawai yang kosnya ditanggung oleh badan induk itu.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!