Kebakaran terbuka di Pekan terkawal

Sebahagian besar kawasan yang terbakar berjaya dipadamkan.
A
A

PEKAN - Kebakaran terbuka yang berlaku di beberapa lokasi di daerah ini terkawal hasil operasi pemadaman dan pemantauan berterusan pihak bomba.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pekan, Wan Samsul Effendi Wan Mahmud berkata, operasi pemadaman masih diteruskan di dua lokasi termasuk kebakaran belukar berhampiran Kampung Permatang Nangka di sini.

Anggota bomba membantu memadamkan kebakaran belukar
Anggota bomba membantu memadamkan kebakaran belukar

Menurutnya, sebahagian besar kawasan terlibat berjaya dipadamkan sehingga jam 3 petang tadi dan api dijangka dapat dipadamkan hari ini atau selewat-lewatnya esok.

"Secara keseluruhan, kebakaran terbuka di daerah ini terkawal dan dan tidak seteruk di Rompin apabila melibatkan kawasan yang lebih luas.

“Kita turut memberi perhatian terhadap kebakaran yang berlaku berhampiran Sungai Miang dan Ladang Pekan Timur yang dikendalikan pihak ladang,” katanya.