[VIDEO] Rusia lancar serangan skala besar di Ukraine

Kharkiv yang merupakan bandar raya di Ukraine turut diserang tentera Rusia pada awal Khamis. -Foto Social Media e2w
Kharkiv yang merupakan bandar raya di Ukraine turut diserang tentera Rusia pada awal Khamis. -Foto Social Media e2w
A
A
A

KIEV - Menteri Luar Ukraine, Dmytro Kuleba mengakui pada awal Khamis bahawa Presiden Rusia, Vladimir Putin sudah melancarkan serangan berskala besar ke atas negaranya.

Beliau membuat pengakuan itu menerusi ciapan di akaun Twitter yang mendakwa perang tersebut sebagai satu pencerobohan.

Bagaimanapun, katanya, bandar raya-bandar raya di Ukraine yang sebelum ini aman sedang diserang dan dunia perlu menghentikan tindakan Putin itu.

Dalam ciapannya, beliau juga menyatakan Ukraine akan memenangi perang tersebut sekali gus mempertahankan negara berkenaan daripada serangan Rusia.

Sementara itu, menerusi maklumat-maklumat di Twitter yang masih belum disahkan lagi, askar-askar Rusia mendarat di pelabuhan Odessa, Ukraine dengan menggunakan helikopter dan pesawat pada waktu pagi.

Dalam pada itu, terdapat laporan yang tidak disahkan bahawa tentera Rusia telah memusnahkan Tentera Laut Ukraine dan mengawal Lapangan Terbang Boryspil di Kiev.

Sementara itu, Penasihat Menteri Dalam Negeri, Anton Gerashchenko menyatakan peluru-peluru berpandu Rusia menyerang Kiev.

Beliau mendedahkan dalam akaun Facebooknya bahawa ibu pejabat ketenteraan diserang di Kiev dan Kharkiv.

Artikel Berkaitan:

Menurutnya, tembakan artileri juga kedengaran di sempadan negara itu. - Agensi