Meteorit dilelong hanya pada harga hampir RM90,000

Seketul meteorit dilelong secara 'online' oleh Firma Lelongan Christie's baru-baru ini. - Foto Christie's
Seketul meteorit dilelong secara 'online' oleh Firma Lelongan Christie's baru-baru ini. - Foto Christie's
A
A
A

NEW YORK - Lelongan serpihan kecil meteorit dari angkasa lepas yang jarang ditemui di bumi diadakan secara 'online' menerusi Firma Lelongan Christie's pada Rabu.

Ia merupakan batu dari angkasa lepas yang jatuh dan menyebabkan kerosakan pada bumbung sebuah rumah anjing milik tuannya di Costa Rica pada tahun 2019.

Bagaimanapun, seorang pembeli sanggup membayar sebanyak AS$21,420 (RM89,739) untuk membeli serpihan batu tersebut yang seberat lebih 270 gram.

Batu kecil itu menembusi bumbung rumah haiwan tersebut milik tuannya di Aguas Zarcas pada April 2019.

Rumah anjing kayu setinggi lebih satu meter itu juga mempunyai sebuah lubang iaitu tempat meteorit itu jatuh.

Ia turut dijual berasingan pada harga AS$44,100 (RM184,756), kata Christie's dan jauh lebih rendah daripada anggaran pra-jualan antara AS$200,000 (RM837,900) dan AS$300,000 (RM1,256,850). - Agensi

Artikel Berkaitan: