Mayat terapung bukan pemancing hilang

Taklimat SAR pencarian dua pemancing hilang.
Taklimat SAR pencarian dua pemancing hilang.
A
A
A

KUANTAN- Mayat seorang lelaki yang ditemui terapung di kawasan perairan Kampung Belukar Juling, Mersing, Johor bukan pemancing yang dilaporkan hilang dalam kejadian bot karam di Pulau Layak, Tanjung Gemok, Rompin, Sabtu lalu.

Ketua Bahagian Pengurusan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Rompin, Asisten Superintendan Mohd Isa Bidin berkata, mayat tersebut ditemui kira-kira jam 10 pagi sebelum dibawa ke jeti berhampiran untuk proses pengecaman.

Menurutnya, berdasarkan pengecaman dua waris pemancing yang hilang, mendapati mayat tersebut bukan mangsa terlibat.

“Kita masih menunggu keputusan pengecaman waris nelayan yang turut dilaporkan hilang di perairan itu sebelum ini,” katanya.

Dalam kejadian pagi Sabtu lalu, dua rakan, Azwan Abu bakar, 44 dan Alfa Rizuan Abd Aziz dilaporkan hilang selepas bot dinaiki karam berhampiran Pulau layak ketika dalam perjalanan pulang selepas keluar memancing.

Dalam kejadian itu, tujuh rakannya mereka yang lain dan tekong bot berjaya diselamatkan bot pukat jerut selepas hampir 10 jam terapung di laut.

Sementara itu, adik Ipar Azwan, Mohd Rahimi Mohamad berkata, ahli keluarga terus menunggu di Jeti Tanjung Gemuk bagi mengikuti perkembangan operasi mencari dan menyelamat (SAR) kedua-dua mangsa.

Menurutnya, kira-kira jam 10 pagi tadi, ahli keluarga bersama-sama menunaikan solat hajat memohon agar usaha mencari mangsa dipermudahkan dan ditemui segera.

Artikel Berkaitan:

‘Kami juga turut menyertai taklimat oleh pasukan menyelamat sebelum dimaklumkan berhubung penemuan mayat dan waris kedua-dua mangsa dipanggil untuk membuat pengecaman,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Mohd Rahimi berkata, berdasarkan pengecaman keluarga, mayat itu bukan ahli keluarga mereka yang hilang.