Sila log masuk terlebih dahulu.

Ringgit ditutup tinggi sedikit berbanding dolar AS

Ringgit ditutup tinggi sedikit berbanding dolar AS hari ini susulan minat belian sejajar dengan prestasi positif pasaran ekuiti walaupun dolar AS kekal kukuh. Foto hiasan
Ringgit ditutup tinggi sedikit berbanding dolar AS hari ini susulan minat belian sejajar dengan prestasi positif pasaran ekuiti walaupun dolar AS kekal kukuh. Foto hiasan
A
A
A

RINGGIT ditutup tinggi sedikit berbanding dolar AS hari ini susulan minat belian sejajar dengan prestasi positif pasaran ekuiti walaupun dolar AS kekal kukuh, kata seorang penganalisis.

Pada 6 petang, unit tempatan berada pada 4.1830/1860 berbanding dolar AS daripada 4.1845/1855 pada Selasa.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd, Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, nilai mata wang tempatan berbanding dolar AS agak kukuh pada 4.1855.

Beliau berkata, meskipun kebimbangan memuncak terhadap konflik Rusia-Ukraine, pasaran ekuiti tempatan mencatatkan peningkatan sedikit hari ini manakala harga minyak mentah Brent terus kekal tinggi.

“Hari ini dagangan agak tidak ada hala tuju (bagi ringgit) apabila peserta pasaran terus kekal berhati-hati sementara menunggu perkembangan selanjutnya,” katanya kepada Bernama.

Sementara itu, ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding kumpulan mata wang utama lain.

Unit tempatan turun berbanding dolar Singapura kepada 3.1114/1141 daripada 3.1065/1077 pada Selasa, menyusut berbanding pound Britain kepada 5.6885/6925 daripada 5.6826/6839 dan turun berbanding euro kepada 4.7481/7515 daripada 4.7373/7384 sebelumnya.

Bagaimanapun, ringgit meningkat berbanding yen kepada 3.6352/6381 daripada 3.6444/6456 sebelumnya. - Bernama

Artikel Berkaitan: