Harga RON97 naik 2 sen

Gambar hiasan.
Gambar hiasan.
A
A
A

PUTRAJAYA - Harga runcit petrol RON97 terus meningkat tiga minggu berturut-turut pada bulan ini.

Terbaharu, harga petrol RON97 naik sebanyak 2 sen seliter daripada RM3.27 kepada RM3.29.

Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan pada Rabu memaklumkan, harga runcit petrol RON95 dan diesel dikekalkan.

"Harga petrol RON95 adalah RM2.05 manakala diesel pula RM2.15," kata kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, penetapan harga runcit produk petroleum dibuat secara mingguan menggunakan formula Automatic Pricing Mechanism bagi tempoh 24 Februari hingga 2 Mac.

"Bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global, kerajaan mengekalkan harga runcit petrol RON95 pada paras harga siling RM2.05 seliter dan diesel RM2.15 seliter.

"Sungguhpun harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk telah meningkat melebihi paras harga siling yang telah ditetapkan, sepertimana dilihat pada harga runcit petrol RON97 yang ditetapkan mengikut harga pasaran sebenar," katanya.

Artikel Berkaitan: