X

Kindly register in order to view this article
!

Bagaimana mahu jaga kulit kering ketika musim panas sekarang ini?

A
A

Cuaca panas sejak kebelakangan ini benar-benar membuatkan kulit kita kering. Tambahan lagi jika minum air dalam jumlah yang berkurangan. Namun itu bukan alasannya. Dalam keadaan apa sekalipun kita kena bijak mengimbangi kelembapan kulit dengan penjagaan yang betul. Jom ikuti cara mudah untuk merawat kulit kering dan kembali flawless.

1) Pemakanan yang seimbang

Wajib mengambil sayur-sayuran, buah-buahan dan makanan yang kaya dengan sumber vitamin bagi kelembapan kulit yang berpanjangan. Pemakanan yang seimbang baik untuk kulit yang sihat

2) Minum air putih secukupnya

Minum sekurang-kurangnya lapan gelas air putih atau lebih untuk kulit yang sihat. Air putih menjadi pembantu bagi tubuh menyerap vitamin dan khasiat terhadap kulit wajah anda. Makanan seimbang tidak berkesan diambil sekiranya anda tidak minum air secukupnya.

3) Memakai toner atau pelembab setiap hari

Pastikan anda memakai toner atau pelembab setiap hari. Toner dan pelembab berfungsi melembabkan kulit wajah anda sepanjang hari dan mencegah kulit kering. Kulit kering anda akan lebih bermaya dan semakin berseri-seri setelah memakai toner atau pelembab.

4) Memilih produk penjagaan kulit wajah yang selamat

Produk penjagaan kulit amat penting untuk kita. Namun, produk penjagaan kulit wajah yang bebas merkuri dan tanpa bahan kimia wajib menjadi keutamaan dalam pemilihan. Antara produk penjagaan kulit muka adalah seperti toner, pelembab, serum, krim siang dan malam serta pencuci muka.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!