22 pendatang asing ditahan dalam dua serbuan

No Image Caption
A
A
A

GEORGETOWN- 22 pendatang asing tanpa izin ditahan dalam dua serbuan berasingan oleh Jabatan Imigresen Malaysia Pulau Pinang (JIMPP) petang semalam.

Timbalan penolong pengarahnya, Izham Idris berkata, pihaknya memeriksa 39 pendatang asing dalam Ops Bersepadu yang dijalankan 14 pegawai pada jam 2 petang.

Menurutnya, JIMPP memeriksa 22 pendatang di lokasi pertama iaitu di sebuah tapak pembinaan dalam kawasan sebuah 'resort' di Kepala Batas.

"Di lokasi pertama, sebanyak lapan pendatang asing yang terdiri daripada tiga lelaki Myanmar dan lima lelaki Indonesia ditahan.

"Di lokasi kedua, kita menyerbu sebuah tapak ubah suai dan pembuatan kabin di Permatang Pauh dan memeriksa 17 warga asing. Daripada jumlah itu, 14 ditahan iaitu 13 lelaki Bangladesh dan seorang lelaki Nepal," katanya ketika dihubungi tadi.

Tambahnya, 22 lelaki yang ditahan adalah tiga Myanmar, lima Indonesia, 13 Bangladesh dan seorang Nepal.

Kesemua mereka ditahan mengikut Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63 kerana tinggal dan berada di negara ini tanpa pas atau permit yang sah dan Seksyen15(4) Akta Imigresen 1959/63 kerana tinggal lebih masa di negara ini.

Artikel Berkaitan: