Muhyiddin diperkenan menghadap Sultan Johor

Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin diperkenan untuk menghadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar pada Rabu
Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin diperkenan untuk menghadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar pada Rabu
A
A
A

SHAH ALAM - Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin diperkenan untuk menghadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar pada Rabu.

Menurut satu kenyataan ringkas, pertemuan antara baginda dan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu berlangsung selama satu jam.

Walau bagaimanapun, setakat ini tiada perincian mengenai perjumpaan tersebut.

“DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar menerima menghadap Tan Sri Muhyiddin Yassin sebentar tadi selama satu jam,” kata kenyataan tersebut pada Rabu.

Pada 19 Februari, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim diperkenan menghadap Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim bagi membincangkan mengenai pembangunan negara serta negeri Johor.

Sementara itu, pada 15 Februari pula, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak diperkenan menghadap Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim bersama isteri baginda, Che' Puan Khaleeda Bustamam bagi membincangkan mengenai keperluan pembangunan secara menyeluruh di Johor dan Malaysia.

Artikel Berkaitan: