X

Kindly register in order to view this article
!

Selasa | 28 Jun 2022

Ulang tahun MCA ke-73 disambut secara hibrid Jumaat ini

A
A

JOHOR BAHRU - MCA akan mengadakan sambutan ulang tahun ke-73 parti itu di Persatuan Che Ann Khor Yong Peng, dekat Batu Pahat, Jumaat ini.

Setiausaha Agung MCA, Datuk Chong Sin Woon berkata, acara dijadual bermula pada jam 11 pagi secara hibrid dengan kehadiran barisan kepimpinan MCA dan ahli-ahli parti.

Beliau berkata, sambutan itu diadakan sehari sebelum penamaan calon bagi Pilihan Raya Negeri Johor.

"Sambutan ulang tahun parti tahun ini ditetapkan secara khusus pada 25 Februari sebagai cara untuk memberi sokongan moral kepada jentera MCA dan Barisan Nasional (BN) serta meniup semangat ahli parti supaya memberikan yang terbaik bagi memenangi sokongan rakyat Johor setelah keutuhan BN diuji sejak kebelakangan ini.

"MCA juga berjanji akan memberikan yang terbaik buat negeri Johor dalam aspek kestabilan politik bagi menggalakkan pemulihan dan memacu pertumbuhan ekonomi ke arah yang lebih baik,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sin Woon berkata, MCA sentiasa berpegang kepada politik kesederhanaan dan akan berusaha untuk memelihara keharmonian kaum dan perpaduan negara serta merealisasikan pemodenan Malaysia.- Bernama


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!