Semua rumah pam terjejas sudah beroperasi

Berlaku gangguan bekalan air di beberapa kawasan di daerah Petaling, Hulu Langat dan Sepang, semalam.
Berlaku gangguan bekalan air di beberapa kawasan di daerah Petaling, Hulu Langat dan Sepang, semalam.
A
A
A

SERI KEMBANGAN - Semua rumah pam di sekitar Seri Kembangan yang terjejas akibat gangguan bekalan elektrik sejak petang semalam sudah beroperasi semula, hari ini.

Ketua Jabatan Perhubungan Pelanggan dan Komunikasi Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd, Abdul Raof Ahmad berkata, namun proses pemulihan bekalan berlaku secara berperingkat.

"Berdasarkan bacaan tekanan dan pemantauan di tapak sehingga jam 12 tengah hari, kebanyakan kawasan yang terjejas di wilayah Petaling, Hulu Langat dan Sepang sudah kembali pulih.

“Beberapa kawasan lain masih dalam proses pemulihan berperingkat dengan dan mencapai tahap 70 peratus. Bantuan air kecemasan melalui lori tangki air terus digerakkan ke kawasan masih terjejas sehingga bekalan pulih sepenuhnya,” katanya.

Abdul Raof berkata, pihaknya mengaktifkan pusat khidmat setempat (PKS) di Jalan PSK 9, Seri Kembangan bagi memberi bantuan kepada pengguna.

“Kerjasama pelanggan sepanjang tempoh pemulihan bekalan dihargai dan segala usaha diambil bagi mempercepatkan proses pemulihan dan mengurangkan impak gangguan.

“Pelanggan boleh rujuk aplikasi telefon pintar ‘Air Selangor’ serta laman sesawang www.syabas.com.my untuk status terkini yang dikemaskini dari semasa ke semasa,” katanya.

Terdahulu, Sinar Harian melaporkan berlaku gangguan bekalan air di beberapa kawasan di daerah Petaling, Hulu Langat dan Sepang semalam, berikutan gangguan bekalan elektrik di Seri Kembangan.

Artikel Berkaitan:

Gangguan bekalan elektrik tersebut menyebabkan semua rumah pam di sekitar Seri Kembangan tidak dapat beroperasi.

ARTIKEL BERKAITAN: Gangguan bekalan air di tiga daerah