Neymar intai saingan MLS

Neymar - Foto AFP
Neymar - Foto AFP
A
A
A

PENYERANG Paris St Germain (PSG) dan Brazil, Neymar menyuarakan hasrat melakukan penampilan dalam Liga Bolasepak Major (MLS) sekurang-kurangnya satu musim sebelum menggantung butnya.

Neymar yang kini bersama gergasi Ligue 1 itu sehingga Jun 2025, berkata, dia lebih cenderung mahu bermain di Amerika Syarikat berbanding pulang ke negara asalnya.

"Sejujurnya saya tidak tahu sama ada akan bermain semula bersama kelab Brazil sekali lagi. Saya mempunyai beberapa keraguan mengenai perkara itu berdasarkan situasi semasa.

"Saya suka bermain di Amerika Syarikat sebenarnya. Saya suka untuk berada di sana sekurang-kurangnya untuk semusim.

“Musim saingan yang lebih pendek menarik perhatian saya untuk ke sana, jadi saya akan mendapat percutian tiga bulan,” kata Neymar.

Sementara itu, bekas bintang Barcelona tersebut berkata, dia belum meletakkan tempoh untuk dia menggantung but pada masa depan.

Namun dia menegaskan akan bermain di Paris sekurang-kurangnya sehingga kontrak bersama PSG berakhir.

"Saya bergurau dengan rakan-rakan menyatakan akan bersara apabila berumur 32 tahun. Tetapi itu hanya gurauan, kerana sebenarnya saya tidak tahu bila.

Artikel Berkaitan:

"Sejujurnya, saya akan bermain sehingga penat mental. Jika kesihatan mental dan badan saya okey. Dari segi fizikal, saya percaya akan bertahan beberapa tahun. Tetapi kesihatan mental merupakan elemen yang paling penting," kata pemain berusia 30 tahun itu.