60 terbunuh lombong emas meletup

Foto hiasan 123RF
Foto hiasan 123RF
A
A
A

OUAGADOUGOU - Kira-kira 60 pelombong terbunuh manakala 100 lagi cedera dalam kejadian letupan di tapak perlombongan emas pada Isnin.

Kejadian berlaku di Gbomblora, sebuah kampung kecil yang terletak di barat daya Burkina Faso.

Punca kejadian masih belum diketahui namun pihak berkuasa percaya ada kaitan dengan bahan kimia yang digunakan untuk membersihkan emas.

"Keadaan sangat teruk. Saya lihat mayat bergelimpangan di tapak tersebut," kata seorang renjer taman rimba yang berada di lokasi kejadian.

Katanya, letupan pertama berlaku pada kira-kira jam 2 petang waktu tempatan, disusuli dengan beberapa letupan lain. - Awani

Artikel Berkaitan: