KPDNHEP Kelantan, PGA gagalkan aktiviti seludup barang subsidi

Sebanyak 400 liter minyak petrol yang dianggarkan bernilai RM902 dirampas dalam serbuan pertama di Kampung Simpangan, Tumpat.
Sebanyak 400 liter minyak petrol yang dianggarkan bernilai RM902 dirampas dalam serbuan pertama di Kampung Simpangan, Tumpat.
A
A
A

TUMPAT - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Kelantan menggagalkan cubaan menyeludup petrol dan minyak masak peket dalam dua serbuan berasingan di sekitar Pengkalan Kubor pada Ahad.

Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDNHEP Kelantan, Azanizam Afendi Juri berkata, dalam serbuan pertama di Kampung Simpangan pihaknya bersama anggota Batalion 7 Pasukan Gerakan Am (PGA) Kuantan berjaya merampas 400 liter minyak petrol yang dianggarkan bernilai RM902.

"Rampasan itu kita lakukan selepas suspek bertindak meninggalkan kereta jenis Proton Wira yang dipandunya sejurus menyedari kehadiran penguat kuasa KPDNHEP Kelantan dan anggota PGA," katanya semasa sidang media di Jeti Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Tiga Pengkalan Kubor pada Isnin.

Menurutnya, pada masa yang sama sebuah lagi kereta jenis Proton Wira berjaya ditahan di Kampung Bunohan.

Dalam serbuan kedua sebuah kereta jenis Proton Wira berjaya ditahan di Kampung Bunohan dan telah menjumpai 799 kilogram (kg) minyak masak peket bernilai RM1,997.50.
Dalam serbuan kedua sebuah kereta jenis Proton Wira berjaya ditahan di Kampung Bunohan dan telah menjumpai 799 kilogram (kg) minyak masak peket bernilai RM1,997.50.

Beliau berkata, pemeriksaan ke atas kereta itu telah menjumpai 799 kilogram (kg) minyak masak peket bernilai RM1,997.50.

Azanizam berkata, bagaimanapun pemandu kereta itu berjaya meloloskan diri.

"Kes disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961," katanya.

Artikel Berkaitan:

Menurutnya, KPDNHEP Kelantan akan terus bekerjasama dengan PGA dalam membanteras penyelewengan dan penyeludupan barang kawalan di sempadan negara.