Kriteria penerima Jom Shopping ditambah baik

Ganabatirau ketika dalam sidang media di lobi Dewan Undangan Selangor.
Ganabatirau ketika dalam sidang media di lobi Dewan Undangan Selangor.
A
A
A

SHAH ALAM- Beberapa kriteria bagi penerima baucar Program Jom Shopping telah ditambah baik dalam memastikan bantuan ini sampai kepada golongan yang disasarkan.

Bagi program ini, setiap DUN akan menerima sejumlah baucar di antara 300 unit hingga 800 unit mengikut kepadatan pengundi di sesebuah DUN.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembudayaan, Pembangunan Sosio Ekonomi dan Kerajaan Prihatin V.Ganabatirau berkata sejak 2013 hingga 2018, beberapa kriteria telah ditambah baik dalam program ini.

"Antaranya penerima bantuan mestilah mempunyai pendapatan seisi rumah sebanyak RM1,500 dan ke bawah, penerima mesti pengundi berdaftar di DUN berkenaan.

"Selain itu hanya seorang penerima bantuan sahaja yang layak menerima baucar bagi setiap keluarga dan penerima bantuan bukan penerima manfaat di bawah Program Kasih Ibu Smart Selangor (KISS)," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan yang dikemukakan ADUN Balakong Wong Siew Ki ketika sesi sidang Dewan Undangan Selangor di sini.

Katanya, sekitar 2012 bantuan berbentuk hamper diperkenalkan namun banyak permasalahan dikenal pasti.

"Cara pengagihan hamper selepas pemohon membuat pendaftaran banyak masalah dikenal pasti, antaranya permasalahan dari segi ruang penyimpanan Pusat Khidmat DUN yang terhad.

Artikel Berkaitan:

"Selain itu prosedur pendaftaran yang tidak teratur dan tiada kriteria khusus yang ditetapkan," katanya

Menurutnya, dalam memastikan ketelusan dalam menyalurkan bantuan, kerajaan negeri telah menetapkan beberapa prosedur baharu.

"Penerima bantuan perlu mendaftarkan diri di Pusat Khidmat DUN dan penerima bantuan perlu mendaftarkan diri di Pusat Khidmat DUN.

"Penerima yang layak serta mengikut kriteria yang ditetapkan akan membuat pembelian barangan di dalam bentuk baucar di pasar raya terpilih," katanya.