Kantoi curi pisang


Suspek curi pisang berjaya diberkas orang ramai sebelum diserahkan kepada polis.
Suspek curi pisang berjaya diberkas orang ramai sebelum diserahkan kepada polis.
A
A
A

JERTIH – Gara-gara mahu mendapatkan wang untuk beli bekalan dadah, seorang lelaki ditangkap selepas disyaki mencuri dua tandan pisang di Kampung Gong Tengah, dekat Bukit Puteri di sini.

Suspek berusia 30 tahun dari Kampung Gong Duek, Hulu Besut itu ditangkap oleh pemilik kebun kira-kira jam 11 pagi.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Mohd Zamri Mohd Rowi berkata, sebelum pemilik kebun pisang berusia 36 tahun itu telah terserempak dengan dua lelaki menaiki sebuah motosikal membawa guni berisi dua tandan pisang di kebunnya kira-kira jam 10.30 pag.

Menurutnya, suspek melarikan diri ke arah Jertih selepas melihat kehadiran pemilik kebun itu menyebabkan berlaku kejar mengejar.

“Suspek itu akhirnya berjaya diberkas oleh mangsa dan penduduk kampung Kampung Pusu Tinggi,” katanya.

Mohd Zamri berkata, bagaimanapun rakan suspek berjaya meloloskan diri dengan bersembunyi di dalam belukar berhampiran.

Menurutnya, suspek kemudian diserahkan kepada polis dan suspek telah ditahan manakala barang kes termasuk sebuah motosikal jenis SYM turut dirampas.

Saringan awal air kencing mendapati suspek positif dadah jenis pil kuda namun hasil semakan mendapati suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau.

Artikel Berkaitan: