Rasuah: 14 direman lindungi rumah urut

Empat pemilik premis urut direman lima hari
Empat pemilik premis urut direman lima hari
A
A
A

PUTRAJAYA - Seramai 14 individu direman antara empat dan lima hari bermula hari ini bagi membantu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kesalahan menerima wang sogokan untuk melindungi premis urut di sekitar ibu kota.

Daripada jumlah tersebut tujuh daripadanya direman empat hari merupakan penjawat awam termasuk tiga polis (salah seorangnya Ketua Balai), tiga penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan seorang pegawai bomba.

Selain itu tiga individu turut direman empat hari manakala empat pemilik premis urut pula direman lima hari.

Perintah itu dikeluarkan Majistret Ahmad Asyraf Mohammad Kamal bagi membolehkan SPRM menjalankan siasatan lanjut mengikut Seksyen 16 dan 17 ASPRM 2009.

Tujuh penjawat awam termasuk tiga polis, tiga penguatkuasa DBKL dan seorang pegawai bomba direman empat hari
Tujuh penjawat awam termasuk tiga polis, tiga penguatkuasa DBKL dan seorang pegawai bomba direman empat hari

Sebelum ini dilaporkan kesemua suspek dipercayai menerima sogokan daripada pemilik premis urut dan ditahan di 16 lokasi sekitar Lembah Klang.

Sumber daripada SPRM menyatakan seramai 40 pegawai SPRM terlibat serbuan itu dan daripada jumlah 16 yang ditahan, tujuh adalah penjawat awam manakala sembilan adalah orang awam.

Premis-premis urut yang menggunakan khidmat wanita warga asing itu pernah diserbu oleh Jabatan Imigresen pada Sabtu lepas.

Artikel Berkaitan:

Menurut sumber itu, kumpulan suspek itu menerima wang sogokan itu secara bulanan dengan bayaran minimum RM1,000 setiap bulan.

Sumber berkata wang berkenaan adalah sebagai perlindungan premis mereka tidak diganggu dan dipercayai terdapat perantara yang akan mengambil wang itu daripada pemilik premis berkenaan pada setiap bulan.