Keluarga Malaysia bangga kejayaan skuad negara: Ismail Sabri

Ismail Sabri
Ismail Sabri
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kemenangan manis dan bersejarah pasukan lelaki kebangsaan selepas berjaya menjuarai Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2022, turut menarik perhatian Perdana Menteri,Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang mengucapkan tahniah atas kejayaan itu.

"Keluarga Malaysia bangga dengan kalian,” katanya dalam hantaran di laman Facebook, berserta video memaparkan pasukan kebangsaan meraikan kemenangan dalam kejohanan yang berlangsung di Pusat Konvensyen Setia City, Shah Alam itu.

Skuad lelaki negara mencipta sejarah selepas muncul juara Kejohanan Badminton Berpasukan Asia buat pertama kalinya dengan menewaskan juara bertahan Indonesia 3-0.

Ia sekali gus menyekat hasrat musuh tradisi tersebut daripada menjuarai gelaran buat kali keempat berturut-turut pada kejohanan yang bermula sejak 2016 itu. - Bernama

Artikel Berkaitan: