MB Selangor jawab isu elaun imam masjid dihentikan

Amirudin Shari
Amirudin Shari
A
A
A

SHAH ALAM - Peruntukan atau elaun kepada imam masjid-masjid institusi di negeri ini tidak diberikan kerana ia bukan di bawah lantikan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari berkata, pada masa ini elaun itu tidak diberikan kepada imam masjid-masjid terbabit kerana terdapat pelantikan daripada pihak institusi bagi mentadbir masjid di bawah seliaan mereka.

"Setakat ini, belum ada apa- apa kelulusan bagi pemberian elaun bulanan kepada imam-imam di masjid institusi, namun begitu perkara ini akan diberi perhatian.

"Perbincangan sedang dilaksanakan bersama Jakim bagi menyelaraskan perkara tersebut," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan ADUN Dusun Tua, Edry Faizal Eddy Yusof berhubung kenapa peruntukan/elaun imam masjid-masjid institusi di bawah pengurusan negeri dihentikan.

Amirudin memberitahu, terdapat sebanyak 17 masjid institusi di Selangor iaitu lima di Hulu Langat, Petaling (5), Sepang (4), Gombak (2), dan Kuala Selangor (1).

Antara masjid institusi tersebut adalah Masjid Universiti Teknologi Mara (UiTM), Masjid Pangkalan TUDM Subang dan Masjid Ibnu Sina, Hospital Sungai Buloh.

Sementara itu, Amirudin memberitahu, Jakim juga menyelaraskan pemberian elaun bulanan Imam 1 dan 2 di setiap negeri dengan pemberiaan imbuhan bulanan sebanyak RM850.

Artikel Berkaitan:

"Kerajaan Selangor pada tahun 2015 dan 2016 meluluskan sumbangan tambahan kepada imam-imam masjid kariah negeri Selangor yang berjumlah RM450," katanya ketika Sidang DUN di Dewan Negeri Selangor, hari ini.