Kampung Long Pasia dilanda banjir, 30 rumah terjejas

Sebanyak 30 buah rumah di Kampung Long Pasia, dekat Sipitang dilanda banjir kilat pada Ahad.
Sebanyak 30 buah rumah di Kampung Long Pasia, dekat Sipitang dilanda banjir kilat pada Ahad.
A
A
A

KOTA KINABALU - Sebanyak 30 buah rumah di Kampung Long Pasia, dekat Sipitang dilanda banjir kilat pada Ahad ekoran hujan lebat di kawasan berkenaan sejak petang Sabtu.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sabah dalam kenyataan pada Ahad memaklumkan, hujan yang bermula kira-kira pukul 2 petang Sabtu dan berterusan hingga pagi Ahad menyebabkan Sungai Long Pasia melimpah ke kawasan kampung.

"Kenaikan paras air Sungai Long Pasia juga disebabkan oleh pertembungan air banjir dari Sungai Padas di Tenom,” menurut kenyataan itu.

Cuaca pada petang Ahad di kawasan itu mendung, namun paras air di Sungai Long Pasia semakin menurun.

Kenyataan itu memberitahu, setakat ini tiada pusat pemindahan sementara dibuka manakala Jalan Long Pasia-Meligan hanya boleh dilalui kenderaan pacuan empat roda.

"Penghantaran bantuan bakul makanan kepada penduduk terjejas akan dilakukan esok dengan menggunakan pacuan empat roda,” menurut kenyataan itu.

Kampung Long Pasia yang mempunyai kira-kira 700 penduduk terletak di kawasan tanah tinggi Malingan pada ketinggian 1,000 meter dari aras laut dan sekitar 300 kilometer dari barat daya Kota Kinabalu. - Bernama

Artikel Berkaitan: