X

Kindly register in order to view this article
!

Jumaat | 01 Julai 2022

Rafizi berhak bertanding pemilihan PKR: Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim, Rafizi Ramli
A
A

BALING - Semua ahli PKR termasuk bekas Naib Presidennya, Rafizi Ramli mempunyai hak untuk bertanding dalam pemilihan parti tersebut pada April ini.

Menurut Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Rafizi dialu-alukan untuk kembali bertanding jika beliau mahu berbuat demikian.

"Dia (Rafizi) ahli parti dan ada hak seperti mana semua ahli. Kita mengalu-alukan penyertaan dan ia harus merangkumi semua (sesiapa sahaja untuk kembali bertanding)," katanya dalam sidang akhbar di Padang Awam Kampung Lalang, Mukim Siong, Baling pada Ahad.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Kenduri Rakyat Sempena Memperingati Demonstrasi Baling dan Kebangkitan Rakyat 1974.

Anwar berucap ketika Majlis Kenduri Rakyat Sempena Memperingati Demonstrasi Baling dan Kebangkitan Rakyat 1974 di Baling pada Ahad.
Anwar berucap ketika Majlis Kenduri Rakyat Sempena Memperingati Demonstrasi Baling dan Kebangkitan Rakyat 1974 di Baling pada Ahad.

Mengulas lanjut, jelas Anwar, setakat ini beliau masih belum mendapat sebarang maklumat bahawa Rafizi mahu bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR.

"Saya tidak ada maklumat apa lagi (Rafizi akan bertanding), terlalu awal," jelasnya.

Difahamkan tiga nama telah disebut akan bertanding jawatan nombor dua parti tersebut pada April ini iaitu Rafizi; Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail dan bekas setiausaha politik Anwar, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!