Kelar leher teman wanita kerana cemburu

Laporan Sinar Harian sebelum ini.
Laporan Sinar Harian sebelum ini.
A
A
A

SERDANG - Seorang lelaki mengaku menyebabkan kematian teman wanitanya dalam kejadian sekitar jam 7.25 malam di sebuah premis perniagaan di Jalan SP 2/2, Serdang Perdana di sini pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A A Anbalagan berkata, suspek seorang lelaki tempatan hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang sekitar jam 11.30 pagi untuk menyerah diri pada Ahad.

"Hasil soal siasat suspek mengaku terlibat dalam kes disiasat dan motif pembunuh dipercayai kerana cemburu.

"Suspek seorang lelaki tempatan berusia 33 tahun bekerja sebagai pemandu lori menetap di Taman Muhibbah, Seri Kembangan," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Sinar Harian pada Sabtu melaporkan seorang pemilik sebuah kedai peralatan keselamatan maut dipercayai dikelar pada bahagian leher.

Siasatan awal mendapati mangsa yang maut merupakan seorang wanita warga tempatan berumur 29 tahun dilaporkan bergaduh dengan seseorang di lokasi kejadian.

Mengulas lanjut, Anbalagan berkata, siasatan lanjut masih dijalankan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Artikel Berkaitan: