X

Kindly register in order to view this article
!

Kadar bersenam mengikut umur menurut WHO

x-default
A
A

AKTIVITI fizikal merupakan komponen yang amat penting untuk menjamin kesihatan dan kecergasan tubuh badan.

Ia merupakan sebarang pergerakan anggota badan yang menyebabkan penggunaan tenaga. Contoh aktiviti fizikal adalah berjalan, berlari, mengemas rumah, naik tangga, berkebun, mencuci kereta dan bersukan.

Senaman adalah aktiviti fizikal. Tetapi tidak semua aktiviti fizikal adalah senaman. Senaman merupakan pergerakan yang lebih terancang, berstruktur dan diulang-ulang bertujuan meningkatkan tahap kecergasan dan kesihatan.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengeluarkan garis panduan aktiviti fizikal untuk kesihatan pada tahun 2010 yang kini diguna pakai di semua negara.

Berikut adalah saranan aktiviti fizikal mengikut kumpulan umur menurut WHO.

KUMPULAN UMUR SARANAN

5 hingga 17 tahun - Sekurang-kurangnya 60 minit setiap hari.

18 hingga 60 tahun - Sekurang-kurangnya 30 minit, 5 kali seminggu.

18 hingga 60 tahun - Sekurang-kurangnya 30 minit seminggu, sekurang-kurangnya 5 kali seminggu.

Sumber: http://www.drmuda.gov.my

#sihataktif


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus