Jangan samakan peralihan kuasa 2009: Jamaluddin

Jamaluddin Mohd Radzi
Jamaluddin Mohd Radzi
A
A
A
IPOH - Peralihan kuasa pada tahun 2009 tidak boleh disamakan dengan krisis yang sedang berlaku dalam Kerajaan Perak pimpinan PH pada hari ini.

Bekas Adun Behrang, Datuk Jamaluddin Mohd Radzi berkata, situasi yang berlaku pada ketika itu tidak melibatkan cadangan undi tidak percaya kepada Menteri Besar Perak.

Menurutnya, tindakan beliau menjadi Adun Bebas disebabkan perbezaan pendapat dengan Menteri Besar Perak ketika itu, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.

"Ketika itu juga saya diminta untuk mengosongkan kerusi jadi kalau tindakan saya ambil itu menyelamatkan kerusi saya daripada saya tidak bergelar YB, lebih baiklah saya menyokong kepada BN waktu itu, berbeza dengan hari ini.

"Pada tahun 2009 tak ada siapa pujuk pun cuma saya buat keputusan itu kerana berbeza pendapat dengan Nizar," katanya kepada Sinar Harian, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas dakwaan sesetengah pihak bahawa peralihan kuasa sepertimana pada tahun 2009 akan berlaku selepas dikatakan wujud undi tidak percaya kepada Menteri Besar Perak.

Semalam, ketika sesi perbahasan, Adun Changkat Jering, Ahmad Saidi Mohamad Daud menafikan pembangkang Perak sedang merancang peralihan kuasa di Perak sebaliknya perancangan tersebut dilakukan daripada pihak kerajaan.

[ARTIKEL BERKAITAN: Guling MB Perak: 'Itu kerja PH, Bukan BN']

Dalam pada itu, Jamaluddin berkata, ketika zaman beliau menjadi Exco Kerajaan Perak bersama bekas Adun Changkat Jering, Osman Jailu, tiada sebarang usaha tawar menawar mahupun pujuk memujuk berlaku.
Artikel Berkaitan:


Katanya, jika benar ada pujuk-memujuk berlaku sudah lama kerajaan PH ketika itu tumbang tetapi sebaliknya Kerajaan Negeri dapat dibentuk.

Beliau berkata, malah sehingga kini kesemua yang keluar menjadi Bebas sebelum ini masih kekal tidak menyertai mana-mana parti.

"Sehingga sekarang saya masih Ahli Bebas dan kalau berlaku pujuk memujuk sudah tentulah saya sudah jadi ahli Umno.

"Kalau ada unsur pujuk memujuk tak sampai 11 bulan dan saya yakin PH ketika itu tidak akan tertubuhlah. Kenapa nak tunggu sampai 11 bulan lama sangat ke nak pujuk," katanya.