Naik taraf pangsapuri: Selangor tunggu maklum balas KPKT

Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari.
Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari.
A
A
A

SHAH ALAM - Kerajaan Selangor belum memperoleh maklum balas daripada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) berhubung sebarang peruntukan khas menaik taraf pangsapuri kos rendah dan sederhana rendah di Selangor.

Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari berkata, setakat ini, pihaknya masih menunggu jawapan daripada KPKT berhubung perkara itu.

"Peruntukan khas itu jika ada adalah bertujuan untuk aktiviti menambah baik serta menaik taraf apartmen-apartmen kos rendah dan kos sederhana rendah di negeri ini bagi tahun ini.

"Bagaimanapun, jika tiada peruntukan khas, kerjasama antara kerajaan negeri dengan KPKT tetap berjalan seperti biasa, "katanya ketika Sidang DUN di Dewan Negeri Selangor, hari ini.

Amirudin berkata demikian ketika menjawab pertanyaan mulut yang dikemukakan ADUN Bukit Lanjan, Elizabeth Wong berkaitan peruntukan Skim Ceria dan bantuan menaik taraf pangsapuri kos rendah di negeri ini.

Beliau berkata, kerajaan negeri juga berupaya untuk menambah beberapa peruntukan khas kepada pangsapuri kos rendah jika melibatkan kes-kes yang memerlukan perhatian khusus.

“Kita percaya akan dapat menambah beberapa peruntukan khas yang boleh dibincangkan atas sesuatu kes melibatkan rumah kos rendah atau sederhana rendah,” katanya.

Amirudin berkata, kerajaan negeri memperuntukkan RM10 juta bagi meneruskan Skim Ceria untuk tahun 2019.

Artikel Berkaitan: